Perkembangan Jangkitan COVID-19 (13 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 71 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,864 kes. Tiada kes kematian direkodkan.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 77 menjadikan jumlah kumulatif 52,711 orang. Seramai 508 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 186 orang di hospital dan 322 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 17 orang dan lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beaufort bertukar dari zon kuning ke zon hijau. Manakala Lahad Datu berubah dari zon jingga zon kuning.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.