Perkembangan Jangkitan COVID-19 (12 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 57 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,793 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan iaitu di daerah Kinabatangan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 88 menjadikan jumlah kumulatif 52,634 orang. Seramai 509 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 179 orang di hospital dan 330 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 15 orang dan enam (6) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau dan Putatan berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 57 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 42 kes (73.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lapan (8) kes (14%) saringan bergejala, tiga (3) kes (5.3%) saringan kluster sedia ada serta empat (4) kes (7%) dari lain-lain kategori.