Perkembangan Jangkitan COVID-19 (10 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 54 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,675 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di daerah Sipitang. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 57 menjadikan jumlah kumulatif 52,468 orang. Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi 585 orang iaitu 210 orang di hospital manakala 375 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 19 orang dan tujuh (7) orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Lahad Datu berubah dari zon merah ke zon jingga. Manakala Papar bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 54 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 39 kes (72.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala enam (6) kes (11.1%), saringan kluster sedia ada satu (1) kes (1.9%) dan lapan (8) kes (14.8%) adalah dari lain-lain kategori.