Perkembangan Jangkitan COVID-19 (09 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 64 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,621 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/ sembuh ialah 121 menjadikan jumlah kumulatif 52,411 orang. Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi 584 orang iaitu 210 orang di hospital manakala 374 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 19 orang dan lapan (8) orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Papar berubah dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 64 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 32 kes (50%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 11 kes (17.2%), saringan kluster sedia ada 15 kes (23.4%) dan enam (6) kes (9.4%) adalah dari lain-lain kategori.