Perkembangan Jangkitan COVID-19 (08 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 71 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,557 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu dan Keningau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/ sembuh ialah 129 menjadikan jumlah kumulatif 52,290 orang. Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi 594 orang iaitu 220 orang di hospital, 372 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 25 orang dan 11 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran bertukar dari zon jingga ke zon kuning, Kinabatangan berubah dari zon merah ke zon jingga manakala Putatan berubah dari zon kuning ke zon jingga.
Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 71 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 34 kes (47.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala tiga (3) kes (4.2%), saringan kluster sedia ada 26 kes (36.6%) dan lapan (8) kes (11.3%) adalah dari lain- lain kategori.