Perkembangan Jangkitan COVID-19 (07 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 99 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,486 kes. Tiada kes kematian dilaporkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital/ sembuh ialah 92 menjadikan jumlah kumulatif 52,161 orang. Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi 629 orang iaitu 225 orang di hospital, 402 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 26 orang dan 11 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Penampang bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu direkodkan.

Kluster Industri Inanam Kota Kinabalu mencatatkan 11 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 20 kes. Kes indeks merupakan kakitangan kilang plastik yang dikesan positif melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Inanam pada 27 Februari 2021. Hasil saringan kontak rapat terhadap 139 individu, 20 kes didapati positif termasuk 11 kes baharu pada hari ini. Semua kontak rapat diarahkan menjalani kuarantin selama 10 hari.

Daripada 99 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 38 kes (38.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala enam (6) kes (6.1%), saringan kluster baharu dan sedia ada 30 kes (30.3%) dan 25 kes (25.2%) adalah dari lain- lain kategori.