Perkembangan Jangkitan COVID-19 (06 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 74 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,387 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di daerah Tawau.

Pada hari ini, seramai 105 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 52,069 orang. Sementara itu, sejumlah 656 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 230 orang di hospital, 420 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan enam (6) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 25 orang dan 12 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 74 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 52 kes (70.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala empat (4) kes (5.4%), saringan kluster sedia ada 10 kes (13.5%) dan lapan (8) kes (10.8%) adalah dari lain- lain kategori.