Perkembangan Jangkitan COVID-19 (04 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 78 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,216 kes. Tiada kes kematian dilaporkan hari ini.

Pada hari ini, seramai 94 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,869 orang. Sementara itu, sejumlah 701 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 268 orang di hospital, 426 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tujuh (7) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 31 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tuaran berubah dari zon merah ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 78 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 42 kes (538%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala lapan (8) kes (10.3%), saringan kluster sedia ada 24 kes (30.8%), dan empat (4) kes (5.1%) adalah dari lain- lain kategori.