Perkembangan Jangkitan COVID-19 (03 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 95 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,138 kes. Pada hari ini, satu (1) kes kematian dilaporkan iaitu di daerah Putatan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 94 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,615 orang. Pada hari ini juga sejumlah 690 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 253 orang di hospital, 430 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tujuh (7) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 31 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Papar berubah dari zon kuning ke zon jingga, manakala Beluran dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 95 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 61 kes (64.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala enam (6) kes (6.3%), saringan kluster sedia ada 20 kes (21.1%), dan lapan (8) kes (8.4%) adalah dari lain- lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 sebanyak 751 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,767 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 490 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,008 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 13.78%