Perkembangan Jangkitan COVID-19 (02 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 53 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,043 kes. Pada hari ini, dua (2) kes kematian dilaporlkan iaitu satu (1) kes di Daerah Tenom dan satu (1) kes di daerah Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 85 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,521 orang. Pada hari ini juga sejumlah 714 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 250 orang di hospital, 459 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lima (5) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 33 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Belud berubah dari zon merah ke zon jingga, manakala Putatan dan Papar dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 53 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 22 kes (41.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala lapan (8) kes (15.7%), saringan kluster sedia ada 16 kes (30.2%), dan tujuh (7) kes (13.2%) adalah dari lain- lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 sebanyak 751 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,767 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 490 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,008 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 14.26%.