Perkembangan Jangkitan COVID-19 (28 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 134 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,886 kes. Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, seramai 161 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,523 orang. Pada hari ini juga sejumlah 713 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 257 orang di hospital, 448 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan (8) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 35 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Papar dan Kota Belud berubah dari zon merah ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 134 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 48 kes (35.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala sembilan (9) kes (6.7%), saringan kluster sedia ada 71 kes (53.1%), saringan PERKESO tiga (3) kes (2.2%) dan tiga (3) kes (2.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 sebanyak 785 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,913 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,698 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 12.51%.