Perkembangan Jangkitan COVID-19 (22 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 110 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,174 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 122 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,714 orang. Pada hari ini juga sejumlah 787 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 310 orang di hospital, 474 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 46 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tenom bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Peningkatan jumlah kes pada hari ini disumbangkan oleh satu kluster lama (Kluster Ladang Sungai Pin) yang masih aktif di Kinabatangan.

Daripada 110 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 44 kes (40%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala enam (6) kes (5.5%), saringan kluster sedia ada 48 kes (43.6%), PERKESO satu (1) kes (0.9%) dan 11 kes (10%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 kekal 925 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,913 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,838 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 13.48%.

Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Politeknik Kota Kinabalu yang dibuka pada 09 Oktober 2020, ditutup secara rasmi hari ini untuk persediaan pembukaan kolej.