Perkembangan Jangkitan COVID-19 (21 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 85 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,064 kes. Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, seramai 156 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,592 orang. Pada hari ini juga sejumlah 850 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 309 orang di hospital, 538 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 50 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah direkodkan hari ini.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 85 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 44 kes (51.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 13 kes (15.3%), saringan kluster sedia ada 15 kes (17.6%), PERKESO empat (4) kes (4.7%) dan sembilan (9) kes (10.6%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 kekal 925 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,935 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,860 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 14.51%.