Perkembangan Jangkitan COVID-19 (19 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 101 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,870 kes. Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, seramai 87 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,324 orang. Pada hari ini juga sejumlah 849 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 310 orang di hospital, 537 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 48 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah direkodkan hari ini.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan.

Kluster Singgahmata di Lahad Datu merekodkan satu (1) kes positif COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes. Kes indeks dikesan positif melalui saringan bergejala di Hospital Lahad Datu pada 13 Februari 2021. Hasil saringan kontak rapat 10 kes lagi berjaya dikesan. Aktiviti pengesanan dan punca jangkitan masih giat dijalankan.

Daripada 101 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 29 kes (28.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala tujuh (7) kes (6.9%), saringan kluster baharu dan sedia ada 48 kes (47.5%), pra kemasukan wad / rawatan enam (6) kes (5.9%) dan 11 kes (11%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 925 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,935 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,860 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 14.49%.