Perkembangan Jangkitan COVID-19 (18 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 114 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,769 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Tawau, dan satu (1) kes di daerah Kinabatangan. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Pada hari ini, seramai 131 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,237 orang. Pada hari ini juga sejumlah 897 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 345 orang di hospital, 549 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 56 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah direkodkan hari ini.

Pada hari ini, dua (2) kluster baharu dilaporkan.

i. Kluster Lot Satu, Penampang hari ini mencatatkan sembilan (9) kes positif COVID-19. Kes indeks merupakan pekerja restoran di Pekan Donggonggon yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 14 Februari 2021. Jumlah kumulatif ini berjaya dikesan selepas saringan kontak rapat dan tempat kerja dijalankan.

ii. Kluster Lot Tujuh, Penampang merekodkan jumlah kumulatif lapan (8) kes pada hari ini. Kes indeks merupakan pekerja restoran di Jalan Pintas hasil saringan bergejala pada 16 Februari 2021. Saringan kontak rapat dan tempat kerja masih giat dijalankan bagi mengesan penularan kes jangkitan.

Daripada 114 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 58 kes (50.9%)adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala enam (6) kes (5.3%), saringan kluster baharu dan sedia ada 37 kes (32.4%), pra kemasukan wad / rawatan tiga (3) kes (2.6%), saringan tempat kerja/ masuk kerja lima (5) kes (4.4%) dan lima (5) kes (4.4%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 956 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,935 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,891 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 15.23%.