Perkembangan Jangkitan COVID-19 (17 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 94 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,655 kes. Empat (4) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Sandakan, satu (1) kes di daerah Tawau dan satu (1) kes di daerah Telupid. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 404 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 50,106 orang. Pada hari ini, sejumlah 934 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 369 orang di hospital, 563 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 58 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran berubah dari zon merah ke zon jingga dan Daerah Sipitang bertukar dari zon jingga ke zon kuning. Manakala Daerah Tenom telah berubah dari zon Kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 94 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 55 kes (58.5%)adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 14 kes (14.9%), saringan kluster sedia ada 17 kes (18.1%), pra kemasukan wad / rawatan tiga (3) kes (3.2%), saringan tempat kerja/ masuk kerja satu (1) kes (1.1%) dan empat (4) kes (4.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,061 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,935 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,996 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 15.58%.