Perkembangan Jangkitan COVID-19 (16 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 132 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,561 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu di daerah Keningau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 164 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 49,702 orang. Pada hari ini, sejumlah 898 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 372 orang di hospital, 524 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 61 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tenom dan daerah Ranau berubah dari zon jingga ke zon kuning. Manakala daerah Kunak bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Penambahan kes hari ini banyak disumbang oleh 39 kes baharu dari Kluster Jalan Tiga KKIP Kota Kinabalu.

Pada hari ini, dua (2) kluster baharu dilaporkan.

i. Kluster Simpang Tiga merangkumi daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Pitas mencatatkan satu (1) kes positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes. Kes indeks merupakan pekerja organisasi mikrokredit di Matunggong yang tinggal di Kota Belud. Indeks dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Kota Belud pada 06 Februari 2021. Hasil saringan kontak rapat mendapati 24 lagi kes positif COVID-19 dikesan.

ii. Kluster Jalan Apas Empat di daerah Kalabakan dan Tawau. Kes indeks merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat makanan laut telah dikesan positif COVID-19 melalui saringan PERKESO pada 02 Februari 2021. Hasil saringan kontak rapat sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19 telah dikesan. Aktiviti pengesanan masih giat dijalankan.

Daripada 132 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 57 kes (43.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala sembilan (9) kes (6.8%), saringan kluster baharu dan sedia ada 62 kes (46.9%), pra kemasukan wad / rawatan satu (1) kes (0.8%) dan tiga (3) kes (2.3%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,061 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,935 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,996 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 14.98%.