Perkembangan Jangkitan COVID-19 (15 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 97 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,429 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu di daerah Keningau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 170 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 49,538 orang. Pada hari ini, sejumlah 964 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 387 orang di hospital, 573 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 62 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Sipitang dan Kudat berubah dari zon merah ke zon jingga. Manakala daerah Beaufort bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 97 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 52 kes (53.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 14 kes (14.4%), saringan kluster sedia ada 26 kes (26.8%), pra kemasukan wad / rawatan tiga (3) kes (3.1%) dan dua (2) kes (2.1%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,061 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,935 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,996 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 16.06%.

Pada hari ini, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) SMK Abdul Rahim Kudat telah bertukar fungsi menjadi pusat kuarantin di bawah seliaan Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kudat.