Perkembangan Jangkitan COVID-19 (14 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 116 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,332 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 220 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 49,368 orang. Pada hari ini, sejumlah 1,045 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 411 orang di hospital, 631 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah direkodkan.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan.

Kluster Patikang Ulu di daerah Keningau, mencatatkan dua (2) kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37 kes. Kes indeks merupakan penduduk Kampung Patikang Ulu yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 05 Februari 2021. Hasil saringan kontak rapat 36 lagi kes positif berjaya dikesan.

Daripada 116 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 90 kes (77.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 13 kes (11.2 %), saringan kluster baharu dan sedia ada tiga (3) kes (2.6%) dan 10 kes (8.6%) adalah dari lain-lain kategori.