Perkembangan Jangkitan COVID-19 (12 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 118 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,115 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu satu (1) kes di daerah Kota Kinabalu dan satu (1) kes di daerah Lahad Datu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 266 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 48,974 orang. Pada hari ini, sejumlah 1,231 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 464 orang di hospital, 765 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau dan Beaufort berubah dari zon merah ke zon jingga manakala, daerah Telupid berubah dari zon jingga ke zon kuning. Daerah Nabawan pula berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 118 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 75 kes (63.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 17 kes (14.4%), saringan kluster sedia ada 13 kes (11%) dan 13 kes (11%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,078 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,111 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 20.14%.