Perkembangan Jangkitan COVID-19 (11 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 142 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,997 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Daerah Tawau dan satu (1) kes di daerah Sandakan. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 173 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 48,707 orang. Sejumlah 1,367 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 495 orang di hospital, 869 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Telupid berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 142 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 103 kes (72.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 14 kes (9.9%), saringan kluster sedia ada empat (4) kes (2.8%), kluster komuniti dua (2) kes (1.4%) dan 19 kes (13.4%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,078 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,111 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 22.37%.