Perkembangan Jangkitan COVID-19 (09 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 180 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,723 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu satu (1) kes di Kota Kinabalu dan satu (1) kes di Kota Belud. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 317 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 48,360 orang. Sejumlah 1,420 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 557 orang di hospital, 861 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 70 orang dan 22 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dilaporkan.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan:

Kluster Hulu Jerocco di Kinabatangan mencatatkan 9 kes positif COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29 kes. Kes indeks merupakan seorang pekerja ladang yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan PERKESO. Saringan kontak rapat dan tempat kerja, mendapati 28 kes lagi positif COVID-19 telah dikesan melalui ujian RTK Ag dan rt-PCR. Aktiviti pengesanan masih diteruskan ke ladang-ladang milik syarikat yang sama.

Daripada 180 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 126 kes (70%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 18 kes (10%), saringan kluster baharu dan sedia ada 12 kes (6.7%), kluster PERKESO sembilan (9) kes (5%) dan 15 kes (8.3%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,078 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,111 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 23.24%.