Perkembangan Jangkitan COVID-19 (08 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 169 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,543 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Kota Kinabalu dan satu (1) kes di daerah Lahad Datu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 264 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 48,043 orang. Sejumlah 1,491 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 568 orang di hospital, 921 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 79 orang dan 22 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Semporna berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan:

Kluster Batu 38 Kalabakan di Daerah Kalabakan mencatatkan 17 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes. Kes indeks merupakan seorang kakitangan syarikat pembalakan swasta yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 04 Februari 2021. Saringan kontak rapat dan tempat kerja sedang giat dijalankan.

Daripada 169 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 103 kes (60.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 23 kes (13.6%), saringan kluster baharu dan sedia ada 29 kes (17.2%), kluster PERKESO empat (4) kes (2.4%) dan 10 kes (5.9%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,078 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,111 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 24.4%.