Perkembangan Jangkitan COVID-19 (07 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 160 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,374 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Beaufort dan satu (1) kes di daerah Tuaran. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 252 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 47,779 orang. Sejumlah 1,680 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 670 orang di hospital, 1,008 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 76 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Semporna berubah dari zon jingga ke zon kuning. Manakal Daerah Beluran bertukar dari zon jingga ke zon merah.

Tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.

Daripada 160 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 95 kes (59.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 23 kes (14.4%), saringan kluster sedia ada lima (5) kes (3.1%), kluster PERKESO lima (5) kes (3.1%) dan 32 kes (20%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,078 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,111 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 27.49%.