Perkembangan Jangkitan COVID-19 (05 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 196 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49,981 kes. Lima (5) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Kota Kinabalu, dua (2) kes daerah Putatan dan satu (1) kes di daerah Kudat. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 533 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 47,290 orang. Sejumlah 1,834 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 722 orang di hospital, 1,104 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan (8) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 87 orang dan 25 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah direkodkan hari ini

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 196 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 137 kes (69.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 39 kes (19.9%), saringan kluster sedia ada dua (2) kes (1%), saringan komuniti dua (2) kes (1%) dan 16 kes (8.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,088 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,121 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 29.96%.