Perkembangan Jangkitan COVID-19 (04 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 175 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49,785 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu satu (1) kes di daerah Keningau dan dua (2) kes di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 519 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 46,757 orang. Sejumlah 1,907 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 733 orang di hospital, 1,165 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan sembilan (9) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 88 orang dan 24 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Daripada 175 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 125 kes (71.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 28 kes (16%), saringan kluster sedia ada enam (6) kes (3.4%), saringan PERKESO empat (4) kes (2.3%) dan 12 kes (6.9%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,088 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,121 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 31.16%.