Perkembangan Jangkitan COVID-19 (02 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 276 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49,420 kes. Empat (4) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di Daerah Sandakan, satu (1) kes di Daerah Kota Kinabalu dan satu (1) kes di Daerah Putatan. Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 388 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 45,901 orang. Sejumlah 1,951 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 645 orang di hospital, 1,299 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tujuh (7) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 93 orang dan 28 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Semporna dan Daerah Pitas bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 276 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 172 kes (62.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 30 kes (10.9%), saringan kluster sedia ada 48 kes (17.4%), saringan PERKESO enam (6) kes (2.2%) dan 20 kes (7.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,088 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,121 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 31.87%.