Perkembangan Jangkitan COVID-19 (31 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 298 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 48,868 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari pada ini.

Pada hari ini, seramai 391 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 45,212 orang. Sejumlah 2,152 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 709 orang di hospital, 1,420 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 23 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 95 orang dan 27 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tambunan berubah dari zon merah ke zon jingga, manakala Daerah Sipitang bertukar dari zon jingga ke zon merah

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan

Daripada 298 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 223 kes (74.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 29 kes (9.7%), saringan kluster sedia ada 13 kes (4.4%), saringan PERKESO tujuh (7) kes (2.4%) dan 26 kes (8.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,084 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,251 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,435 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 33.44%.