Perkembangan Jangkitan COVID-19 (30 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 263 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 48,570 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu satu (1) kes di daerah Kudat dan satu (1) kes di daerah Sandakan. Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 414 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 44,821 orang. Sejumlah 2,328 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 733 orang di hospital, 1,572 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 23 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 95 orang dan 27 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Nabawan bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan:

Kluster Jalan Labuk, Sandakan melibatkan dua (2) lagi kes positif COVID-19 dikesan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15 kes. Kes indeks merupakan pelajar yang dikesan positif melalui saringan masuk asrama pada 22 Januari 2021. Hasil saringan kontak rapat mendapati beberapa lagi rakan pelajar dan guru disahkan positif COVID-19.

Daripada 263 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 192 kes (73%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 41 kes (15.6%), saringan kluster baharu dan sedia ada lapan (8) kes (3%), saringan masuk asrama (2) kes (0.8%) dan 20 kes (7.6%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,084 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,321 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,505 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 35.79%.

Pada hari ini, daripada 263 kes COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 192 kes atau 73% adalah dalam kalangan kontak rapat. Dari segi aspek kawalan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, lebih ramai kontak rapat dapat dijejaki dan dibuat ujian saringan COVID-19 dan seterusnya dikenakan kuarantin. Langkah ini adalah lebih baik kerana ia dapat memutuskan rantaian COVID-19 dengan segera. Dari sudut lain pula, lebih ramai kontak rapat dikesan sebagai positif COVID-19 mencerminkan tahap pematuhan SOP dalam komuniti adalah rendah.