Perkembangan Jangkitan COVID-19 (28 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 282 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 48,019 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Lahad Datu dan satu (1) kes di daerah Keningau. Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 311 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 43,939 orang. Sejumlah 2,647 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 792 orang di hospital, 1,836 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 27 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Sipitang bertukar dari zon merah ke zon jingga. Manakala Daerah Tenom berubah dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 282 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 187 kes (66.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 63 kes (22.3%), saringan kluster sedia ada tujuh (7) kes (2.5%), saringan masuk kerja empat (4) kes (1.4%), saringan PERKESO satu (1) kes (0.4%) dan 20 kes (7.1%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,084 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,322 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,506 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 40.69%.