Perkembangan Jangkitan COVID-19 (26 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 303 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 47,442 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Pada hari ini, seramai 403 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 43,209 orang. Sejumlah 2,697 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 815 orang di hospital, 1,880 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 92 orang dan 25 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kuala Penyu bertukar warna daripada zon kuning ke zon jingga

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 303 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 209 kes (68.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 54 kes (17.8%), saringan kluster sedia ada 16 kes (5.3%), saringan PERKESO lima (5) kes (1.7%) dan 19 kes (6.3%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,112 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,592 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,804 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 39.64%.