Perkembangan Jangkitan COVID-19 (25 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 348 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 47,139 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini, iaitu dua (2) kes di Sandakan dan satu (1) kes lagi di Beaufort. Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 400 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 42,806 orang. Sejumlah 2,678 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 832 orang di hospital, 1,827 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 91 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah dicatatkan

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan:

i. Kluster Industri Apas di Tawau mengesan dua (2) lagi kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22 kes. Kes indeks merupakan penjaga stor di kilang udang di Batu 3 di Mukim Sri Tanjung, Tawau yang disahkan positif COVID-19 melalui saringan bergejala pada 16 Januari 2021. Saringan kontak rapat masih lagi dijalankan.

Daripada 348 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 251 kes (72.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 50 kes (14.4%), saringan kluster baharu dan sedia ada 20 kes (5.7%), saringan pelajar masuk asrama satu (1) kes (0.3%), PERKESO satu (1) kes (0.3%) dan 25 kes (7.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,106 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,592 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,798 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 39.9%.