Perkembangan Jangkitan COVID-19 (27 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 295 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 47,737 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Putatan. Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 419 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 43,628 orang. Sejumlah 2,618 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 772 orang di hospital, 1,844 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua (2) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 95 orang dan 26 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah dicatatkan

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan:

Kluster Jalan Sulaman, Kota Kinabalu telah mencatatkan pertambahan enam (6) kes baharu dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 23 kes. Kes indeks merupakan kakitangan sebuah pasar raya di Sulaman yang dikesan positif hasil ujian saringan individu bergejala. Susulan kes tersebut, hasil saringan kontak rapat dan tempat kerja mendapati 21 lagi kes positif COVID-19 dikesan.

Daripada 295 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 211 kes (71.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 55 kes (18.6%), saringan kluster baharu dan sedia ada 10 kes (3.4%), saringan pra kemasukan wad sebanyak enam (6) kes (2.0%), kluster masuk asrama dua (2) kes (0.7%), dan 11 kes (3.8%) adalah dari lain-lain kategori.
Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,084 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,322 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,506 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 40.24%.
Terdapat pengurangan kapasiti sebanyak 298 katil untuk pesakit covid di negeri Sabah pada hari ini iaitu:

i. Satu (1) wad di Hospital Duchess of Kent (HDOK) tidak digunakan menyebabkan kapasiti berkurang sebanyak 28 katil.

ii. Kapasiti di PKRC Taman Sri Sapagaya telah berkurang sebanyak 252 katil dan PKRC Kudat Rest House berkurang sebanyak 18 katil disebabkan sebahagian katil telah diserahkan kepada pihak kesihatan daerah masing-masing untuk dijadikan pusat kuarantin.

iii. Fasiliti hospital dan PKRC sedia ada di Sabah masih lagi mampu untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19 dengan selesa dan selamat.