Perkembangan Jangkitan COVID-19 (24 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 431 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 46,791 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan hari ini, iaitu satu (1) kes di Kalabakan dan satu (1) kes lagi di Beluran. Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 393 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 42,406 orang. Sejumlah 2,794 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 847 orang di hospital, 1,928 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 87 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Telupid bertukar daripada zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, dua (2) kluster baharu dilaporkan:

i. Kluster Ladang Segama, Lahad Datu mencatatkan 16 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 22 kes. Kes indeks dikesan melalui saringan tempat kerja di bawah program PERKESO pada 16 Januari 2021. Kontak-kontak rapat telah dikenal pasti dan pengesanan punca jangkitan masih dijalankan.

ii. Kluster Jalan Segama, Lahad Datu mengesan tujuh (7) kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 20 kes. Kes indeks dikesan melalui saringan bergejala pada 19 Januari 2021. Susulan penemuan kes itu, saringan kontak rapat masih dilaksanakan dalam kalangan warga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Lahad Datu.
Daripada 498 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 332 kes (66.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 68 kes (13.7%), saringan kluster baharu dan sedia ada 29 kes (5.8%), saringan PERKESO lima (5) kes (1.0%), saringan pelajar masuk asrama 11 kes (2.2%), saringan komuniti 17 kes (3.4%) dan 36 kes (7.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Daripada 431 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 308 kes (71.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 47 kes (10.9%), saringan kluster baharu dan sedia ada 53 kes (12.3%), saringan pelajar masuk asrama tiga (3) kes (0.7%) dan 20 kes (4.6%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,106 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah
4,580 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,786 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.17%.