Perkembangan Jangkitan COVID-19 (23 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 498 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 46,360 kes. Tiada kematian direkodkan hari ini.

Pada hari ini, seramai 434 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 42,013 orang. Sejumlah 2,783 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 856 orang di hospital, 1,908 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 87 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tenom bertukar daripada zon merah ke zon jingga.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan:

i. Kluster Kampung Bombalai di Kalabakan melibatkan dua (2) kes baharu dikesan daripada saringan kontak rapat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes. Kes indeks merupakan pelajar Tahfiz Madrasah Sulaimanniyah di Bombalai yang disahkan positif pada 16 Januari 2021 melalui saringan bergejala. Susulan penemuan itu, saringan turut diadakan terhadap pelajar dan tenaga pengajar madrasah tersebut. Saringan kontak rapat dan pengesanan punca jangkitan masih dijalankan.

Daripada 498 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 332 kes (66.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 68 kes (13.7%), saringan kluster baharu dan sedia ada 29 kes (5.8%), saringan PERKESO lima (5) kes (1.0%), saringan pelajar masuk asrama 11 kes (2.2%), saringan komuniti 17 kes (3.4%) dan 36 kes (7.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,100 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,580 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,780 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.05%.