Perkembangan Jangkitan COVID-19 (14 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 389 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 42,288 kes. Lapan (8) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu tiga (3) kes di Lahad Datu, dua (2) kes di Penampang dan masing-masing satu (1) di daerah Papar, Kota Kinabalu dan Tuaran. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 276 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 38,240 orang. Sejumlah 2,886 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 766 orang di hospital dan 2,120 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 73 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Tiada penambahan zon merah dicatatkan.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 389 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 281 kes (72.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 68 kes (17.5%), saringan kluster-kluster sedia ada 8 kes (2%) dan 32 kes (8.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,039 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam adalah 4,714 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,853 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 42.11%.

Hospital Kudat telah beroperasi semula sebagai hospital COVID-19 bermula 13 Januari 2021. Ini menjadikan jumlah hospital COVID-19 di Sabah sebanyak 9 buah hospital, manakala PKRC kekal 38 buah.