Perkembangan Jangkitan COVID-19 (13 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 450 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 41,899 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan pada hari ini masing- masing satu di daerah Papar, Kudat dan Tawau. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 306 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 37,964 orang. Sejumlah 2,833 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 753 orang di hospital dan 2,080 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 74 orang dan 22 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Tiada penambahan zon merah dicatatkan.

Daripada 450 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 322 kes (71.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 80 kes (17.8%), saringan kluster-kluster sedia ada 14 kes (3.1%), dan 34 kes (7.6%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,039 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,792 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,829 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.47%.