Perkembangan Jangkitan COVID-19 (12 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 409 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 41,449 kes. Tiada kematian direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, seramai 331 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 37,658 orang. Sejumlah 2,822 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 763 orang di hospital dan 2,059 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 68 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah dicatatkan.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 409 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 255 kes (62.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 87 kes (21.3%), saringan rentas negeri 8 kes (2%), saringan kluster-kluster sedia ada 25 kes (6.1%), dan 34 kes (8.3%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,018 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,756 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,774 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.66%.