Perkembangan Jangkitan COVID-19 (11 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 374 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 41,040 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan iaitu di Daerah Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 306 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 37,327 orang. Sejumlah 2,710 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 726 orang di hospital dan 1,984 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Semporna bertukar dari zon jingga ke zon merah.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 374 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 259 kes (69.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 57 kes (15.2%), saringan rentas negeri 15 kes (4%), saringan kluster-kluster sedia ada 21 kes (5.6%), dan 22 kes (5.9%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,001 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,588 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,589 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.13%.