Perkembangan Jangkitan COVID-19 (10 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 403 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 40,263 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan iaitu di Daerah Kota Kinabalu. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 236 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 37,021 orang. Sejumlah 2,653 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 673 orang di hospital dan 1980 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah direkodkan.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Sandakan iaitu Kluster Jalan Sibuga mencatatkan sebanyak empat (4) kes menjadikan jumlah kumulatif sembilan (9) kes. Kluster ini dikesan melalui saringan bergejala dan saringan kontak rapat di Rumah Warga Tua Sri Harapan.

Daripada 403 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 263 kes (65.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 70 kes (17.4%), saringan rentas negeri 17 kes (4.2%), saringan kluster baharu dan kluster- kluster sedia ada 22 kes (5.5%), dan 31 kes (7.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,001 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,588 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,589 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 40.26%.