Perkembangan Jangkitan COVID-19 (09 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 409 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 40,263 kes. Tiada kematian direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, seramai 337 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 36,785 orang. Sejumlah 2,538 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 653 orang di hospital dan 1,885 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran berubah dari zon kuning ke zon jingga. Manakala Daerah Semporna bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 409 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 251 kes (61.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 81 kes (19.8%), saringan rentas negeri 11 kes (2.7%), saringan kluster-kluster sedia ada, 10 kes (2.4%), dan 56 kes (13.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,001 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,590 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,591 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 38.51%.