Perkembangan Jangkitan COVID-19 (08 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 401 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 39,854 kes. Empat (4) kes kematian direkodkan iaitu dua (2) kes di Daerah Sandakan dan dua (2) kes di Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 302 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 36,448 orang. Sejumlah 2,506 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 696 orang di hospital dan 1,810 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19  dalam  ICU  ialah  68  orang  dan  19  orang  pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran berubah dari zon jingga ke zon kuning. Manakala Daerah Tenom bertukar dari zon jingga ke zon merah dan Daerah Kuala Penyu berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Keningau iaitu Kluster Kauran mencatatkan sebanyak 10 kes menjadikan jumlah kumulatif 55 kes.

Daripada 401 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 255 kes (63.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 72 kes (18%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 31 kes (7.7%), dan 43 kes (10.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 957 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,570 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,527 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 37.72%.