Perkembangan Jangkitan COVID-19 (07 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 493 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 39,453 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan iaitu di Daerah Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 210 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 36,146 orang. Sejumlah 2,457 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 710 orang di hospital dan 1,747 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 62 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beaufort dan Kota Marudu berubah dari zon jingga ke zon merah. Manakala Daerah Beluran bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 493 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 363 kes (73.6%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 49 kes (9.9%), saringan tempat kerja 19 kes (3.9%), saringan kendiri 15 kes (3%), saringan pra kemasukan wad 10 kes (2%), saringan kluster-kluster sedia ada lapan (8) kes (1.6%), dan 29 kes (5.9%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 957 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,557 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,514 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 37.72%.