Perkembangan Jangkitan COVID-19 (06 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 405 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,960 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Putatan dan Kudat. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 192 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,936 orang. Sejumlah 2,310 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 668 orang di hospital dan 1,642 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 60 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Nabawan berubah dari zon hijau ke zon kuning.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Tawau iaitu Kluster Kg Pitas mencatatkan sebanyak 65 kes menjadikan jumlah kumulatif 72 kes. Kluster ini berkaitan dengan saringan tempat kerja di sebuah kilang kayu.

Daripada 405 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 242 kes (59.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada tiga 70 kes (17.3%), saringan bergejala 48 kes (11.9%), dan 45 kes (11.1%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 957 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,537 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,494 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 35.57%.