Perkembangan Jangkitan COVID-19 (05 Januari 2021)

Perincian Daerah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 383 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,555 kes. Lima (5) kes kematian direkodkan iaitu dua (2) kes di Daerah Lahad Datu dan masing-masing satu (1) kes di Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 214 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,744 orang. Sejumlah 2,112 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 679 orang di hospital dan 1,433 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 55 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas berubah dari zon jingga ke zon merah.

Pada hari ini, satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Putatan iaitu Kluster Tombovo mencatatkan sebanyak 12 kes menjadikan jumlah kumulatif 18 kes.

Daripada 303 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 250 kes (65.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 64 kes (16.7%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada tiga 31 kes (8.1%), saringan komuniti dua (2) kes (0.5%) dan 36 kes (9.4%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 957 unit. Terdapat penambahan sembilan (9) unit katil di hospital Tawau. Manakala, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,487 unit katil dengan penambah 15 katil di PKRC Dewan Badminton Keningau dan enam (6) katil PKRC Tambunan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan katil adalah 6,392 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini 32.77%.