Perkembangan Jangkitan COVID-19 (04 Januari 2021)

Perincian Daerah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 303 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,172 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Tawau, Keningau dan Lahad Datu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 147 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,530 orang. Sejumlah 1,971 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 665 orang di hospital dan 1,306 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 52 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tongod bertukar dari zon hijau ke zon kuning, manakala Kalabakan berubah dari zon jingga ke zon merah.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 303 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 221 kes (72.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 56 kes (18.5%), saringan kluster-kluster sedia ada tiga (3) kes (1%) dan 23 kes (7.6%) adalah dari lain-lain kategori.