Perkembangan Jangkitan COVID-19 (02 Januari 2021)

Perincian Daerah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 259 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,553 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan di Daerah Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 281 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,154 orang. Sejumlah 1,720 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 621 orang di hospital dan 1,099 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 55 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Sipitang bertukar dari zon jingga ke zon merah, manakala Daerah Beaufort berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Tambunan iaitu Kluster Batu 8 mencatatkan sebanyak empat (4) kes menjadikan jumlah kumulatif 52 kes. Kluster ini dikesan berpunca dari aktiviti sosial (menuai padi dan sambutan Krismas). Kluster ini turut mencatatkan kes di dua (2) daerah lain iaitu Ranau (3 kes) dan Kota Belud (2 kes).

Daripada 259 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 164 kes (63.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 46 kes (17.8%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 15 kes (5.8%), dan 34 kes (13.1%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 948 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,445 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,393 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 26.90%.