Perkembangan Jangkitan COVID-19 (01 Januari 2021)

Perincian Daerah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 254 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,294 kes. Tiada kematian direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, seramai 239 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 34,873 orang. Sejumlah 1,724 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 633 orang di hospital dan 1,091 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 59 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kunak bertukar dari zon jingga ke zon merah, manakala Daerah Sipitang berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 254 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 165 kes (65%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 43 kes (16.9%), saringan kluster-kluster sedia ada 9 kes (3.5%), saringan komuniti 2 kes (0.8%) dan 35 kes (13.8%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 948 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,445 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,393 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 26.97%.