Perkembangan Jangkitan COVID-19 (31 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 299 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,040 kes. Tiada kematian direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, seramai 164 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 34,634 orang. Sejumlah 1,687 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 634 orang di hospital dan 1,053 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kinabatangan dan Tambunan bertukar dari zon jingga ke zon merah. Manakala Daerah Tongod pula bertukar dari zon kuning ke zon hijau.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 299 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 206 kes (68.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 64 kes (21.4%), saringan kluster-kluster sedia ada 3 kes (1%) dan 26 kes (8.7%) adalah dari lain- lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 948 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,444 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,392 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 26.39%.