Perkembangan Jangkitan COVID-19 (29 Disember 2020)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 230 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 36,461 kes. Tiada kes kematian dilaporkan.

Pada hari ini, seramai 215 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 34,253 orang. Sejumlah 1,535 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 599 orang di hospital dan 936 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 56 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tambunan bertukar dari zon hijau ke zon kuning. Manakala Daerah Beaufort berubah dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan iaitu:


i. Kluster Timbang Dayang di Daerah Kota Belud dengan sembilan (9) kes hari ini menjadikan kumulatif 12 kes. Kluster ini berpunca dari kontak rapat majlis keramaian; dan


ii. Kluster Teguli di Daerah Putatan mencatat lima (5) kes hari ini menjadikan kumulatif 12 kes. Kluster ini berkaitan dengan saringan kontak rapat.

Daripada 230 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 136 kes (59.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 43 kes (18.7%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 20 kes (8.7%), saringan kendiri 7 kes (3%) dan 24 kes (10.4%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 948 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,444 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,392 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 24.01%.